Sajak Memori yang Tertinggal

Darah terhenti alirnya
Wajahku lesi
Sentuhanku dingin bayu
Bibirku lekang
Pandanganku redup
Meninjau senja

Tubuhku
Umpama jasad tanpa nyawa
Deriaku bak lumpuh seketika
Namun kaca masih retak
Rekah
Gerbang mahligai relai
Satu dua
Semuanya.

Aku pencipta fantasi
Fantasi tanpa imaginasi
Girang luar biasa
Tiada yang mampu menandingi
Setiap perhiasan terletak
Milik kita.

Kaki terhayun nun di bulan sabit
Kemanisan jagung mentega
Membasahi lidahku
Kepahitan kopi panas
Menyusul anak tekak
Kerangupan jejari kentang
Memecah seleraku.

Sinaran muncul disebalik jendela
Tirai mataku terbuka layu
Pasrah
Mimpiku telah tiba
Tepat dihujung lena.

Dekah ketawaku
Pantai nan sunyi
Di pagi mentari
Ternyataku khayal di malam hari
Diriku seakan bergayut dibulan
Hakikatku hanyalah tersadai di buaian
Batu kuanggap jagung
Air laut kusangka kopi
Ranting ru kubayang jejari kentang.

Siapakah dikau manusia
Pernahkah kita ditakdir berjumpa
Amnesia
Puncanya
Puncaku lupa segalanya.

Seandainya
Dia kembalikan memoriku
Akan kuimbas
Mengimbau masa lalu
Siapakah dirimu
Buat diri ini...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sajak Cahaya Batin

Sajak Sahabat Dalam Kenangan