Puisi: Sajak Hanya Sekuntum Bunga

HANYA SEKUNTUM BUNGA

Kelopakmu gugur berganti hari,
Warnamu yang terang menyinar,
Membuatkan mata ini terpukau,
Berjuta bunga menutupi bumi ini,
Hanya kau sekuntum,
Cukup mengindahkan alam ini.

Kau seolah ratu,
Ratu paling sempurna,
Tiada cacat cela,
Kau satu dalam sejuta,
Biarpun hadirnya bunga yang lebih menawan,
Cuma kau yang aku inginkan,
Kerana kau teristimewa dihatiku.

Sekian lama kau mekar mewangi,
Kini... tiba waktunya untukmu bersemadi,
Warnamu yang kian luntur, lusuh,
Kelopakmu terlihat begitu layu,
Sekadar mampu menghitung hari,
Meninggalkan alam seindah syurgaloka ini.

Wahai si cik bunga,
Dirimu telahku petik dari taman terlarang,
Telahku selitkan dirimu dalam helaian diariku,
Agar tiada insan yang mampu memilikimu,
Kerana kau hanya milikku.

Kau selalu memikat mataku,
Acap kali tumpuanku terpaku melihatmu,
Hari demi hari,
Kau warnai helaian diari ini,
Hanya kerana setitis dugaan ilahi,
Telah kau tumpahkan dakwat hitam,
Kerana kepercayaanmu bukan untukku.

Kaki ini terus dibawa melangkah,
Tanpa arah dan hala tuju,
Benak ini keruh memikirkanmu,
Apakah harus kau kubuang?
Sedangkan bunga ini cukup istimewa,
Sungguh bernilai setanding manikam.

Wahai si cik bunga,
Dirimu akan terus kusimpan,
Biarpun diariku telah kau palitkan dakwat hitam,
Aku akan tetap menerimamu,
Biarkan diri ini jauh,
Rinduku setia disisimu,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Takdir itu bukan kuasa kita,
Sekadar mampu memanjat doa,
Agar hidup kekal bahagia.

Sayang... mungkin persoalan bermain difikiranmu,
Siapakah gerangan yang cubaku sampaikan,
Riak wajahmu kian gundah gelisah,
Apakah gerangan itu kamu?
Ya... dirimulah yang aku, maksudkan.

Wahai sayang...
Maafkanlah diri ini,
Kerana kasihku masih berbaki...

Ulasan

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sajak Sahabat Dalam Kenangan

Sajak Cahaya Batin