Sajak Cahaya Batin

CAHAYA BATIN

Ilmu pelita hidup
Tanpa ilmu punah masa hadapan
Tanpa ilmu kita dipandang rendah
Hina umpama diri tidak berguna
Hanya layak menjadi sampah masyarakat

Ilmu penyuluh takdir kehidupan
Tua muda, miskin mahupun kaya
Andai ilmu tiada di dada
Tidak sekali dipandang mulia
Ilmu itu tinggi nilainya
Jangan pernah laku tak endah.

Ilmu harta paling berharga
Tapi andai akhlak tidak dijaga
Tiada guna ilmu digendong
Biarpun akal secilik kancil
Tanpa akhlak
Tidak mungkin diri disanjung.

Ilmu pengajar manusia
Oleh ilmu terbentuk akhlak
Kerana ilmu terbina kriteria
Sebab ilmu nama dijunjung
Jika hidup tak punya ilmu
Diri ini umpama kosong.

Ilmu tak mencari kita
Tapi kita perlu menggali ilmu
Bagaimana hendak dicari?
Sedangkan ia tak bisa dilihat
Hanya "dia" yang tahu.

"Dia"
Siapakah pula dia?
Dia seorang pendidik
Dia seorang pengajar
Jiwa kental menunjuk ajar modal insan
Tak lekang dek panas
Tak lapuk dek hujan
Dialah insan paling mulia
Guru...

Kerana guru...
Terbentuk akhlak
Insan terbina
Rakyat berjaya!

**semoga akak2 dan abang2 sekalian dapat menjadi seorang guru suatu masa nanti**

Special for:

1. Nur Atirah bt Rosli
2. Nurul Shahirah bt Nurdin
3. Latifah bt Umar
4. Haniza Hanim bt Rozali
5. Mustafa Azzam bin Abdul Kahir
6. Shahir bin Sharif

*practical teacher in smk desa cempaka*

Ulasan

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sajak Sahabat Dalam Kenangan

Puisi: Sajak Hanya Sekuntum Bunga