Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Intan

INTAN Kata-kata manis terungkap Membelai hati diawang rindu Setiap cebisan kata Aku simpan rapat dalam celepa Biar garuda melanggar kita Hancur... Berkecai di wajah bumi Namun kenangan yang tercipta Tiada serpihan terlerai Dipatri kemas sang jauhari. Manusia leka dengan dunia Rambang mata ditayang harta Permata dibolot Berlian direbut Manikam dipulun Tapi aku, masih setia pada dia Intan... Si berada memecah tawa Akibat intan menjadi pilihan Dibilang tiada ternilai Umpama besi berkarat. Sinar baiduri jauh menyilau Sedang intan hanya berkaca Hati berkenan bukan kerana rupa Namun kerana kasih tertumpah disebalik hikayat. Dikata orang intan pembawa bencana Punca sakit membadai diri Biar gurun menghempap badan Akan kucuba bertahan. Tercalar tubuh sang intan Pedih... Kerana sayang Aku relakan jasad ini disakiti Aku turutkan air sungai yang kering dihaluan kata Kerana aku tahu Betapa peritnya kau sang intan Menanggung sendu dijiwa. Lima jemari menjadi saks