Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Sajak Cahaya Batin

CAHAYA BATIN Ilmu pelita hidup Tanpa ilmu punah masa hadapan Tanpa ilmu kita dipandang rendah Hina umpama diri tidak berguna Hanya layak menjadi sampah masyarakat Ilmu penyuluh takdir kehidupan Tua muda, miskin mahupun kaya Andai ilmu tiada di dada Tidak sekali dipandang mulia Ilmu itu tinggi nilainya Jangan pernah laku tak endah. Ilmu harta paling berharga Tapi andai akhlak tidak dijaga Tiada guna ilmu digendong Biarpun akal secilik kancil Tanpa akhlak Tidak mungkin diri disanjung. Ilmu pengajar manusia Oleh ilmu terbentuk akhlak Kerana ilmu terbina kriteria Sebab ilmu nama dijunjung Jika hidup tak punya ilmu Diri ini umpama kosong. Ilmu tak mencari kita Tapi kita perlu menggali ilmu Bagaimana hendak dicari? Sedangkan ia tak bisa dilihat Hanya "dia" yang tahu. "Dia" Siapakah pula dia? Dia seorang pendidik Dia seorang pengajar Jiwa kental menunjuk ajar modal insan Tak lekang dek panas Tak lapuk dek hujan Dialah insan paling mulia

Sajak peneman hayat

PENEMAN HAYAT Waktu seolah terhenti buat seketika Dunia umpama bergerak perlahan Kebisingan dunia bertukar hening Biarpun kuredah ke dasar lautan hindi Biarpun kujejakkan kaki ke bulan Wajahmu tetap terbayang di mata ini. Kau seorang peneman Disaatku taksub oleh baran Dikau ibarat air mendinginkan aku kembali Disaat kau diam membisu Akulah penawar pemecah suasana Dua insan berbeza kriteria Saling melengkapi persahabatan sempurna. Setiap detik tubuh ini disampingmu Tidak sekali kuterasa tersinggung Jauh sekali dihempap kebosanan Hidupku dulu diselubungi kegelapan Kini kian terang disinar cahaya Andai aku di atmosfera terjauh dari bumi Kau akan tetap menyinari Kerana kasihmu kekal abadi. Akulah insan paling bahagia Jika kesedihan membadai diri ini Aku pasti kau akan setia disisi Aku mohon jangan ditindas sengketa Agar hubungan akan kekal lama Hingga hujung penamat dunia. Sesaknya dada ini menahan hiba Pilunya suara ini menahan sendu Jiwaku ibarat ditelan bum

Sajak Sahabat Dalam Kenangan

SAHABAT DALAM KENANGAN Senja mula menguasai langit Angin bertiup dingin sayu Dedaun berdesir dibuai bayu Kesunyian malam yang masih muda Sepi tanpa suara bicara. Tubuhku kaku di dermaga Bertemankan cahaya bulan purnama Deruan ombak menghempas pantai Sayu berlagu di halwa telingaku Tapi aku... Hanyut dalam khayalan. Detik demi detik Waktu kian berlalu Atmaku masih dihiris sembilu Perit mencengkam jiwaku Luka yang tiada penawar Meninggalkan parut yang kekal. Sahabatku Kadang senyumku manis terukir Kala air mataku mengalir dipipi Bibirku terbungkam seribu kata Mengimbau kenangan kau dan aku Terus berputar di kotak fikiranku. Sahabatku Disaatku gembira atau derita Kau... setia disisiku Disaatku dalam kegelapan Kau... penyuluh merungkai kesuraman Disaatku jatuh ke bumi Kau... bawaku terbang ke langit. Sahabatku Kini... kau pergi meninggalkanku Pergi jauh dari duniawi ini Tiada lagi suara tawamu Sekelip mata kau hilang dari hidupku Wahai sahabatku... Hany

Sajak Setiaku Buatmu

SETIAKU BUATMU Tiada bakat tiada istimewa, Bukan dari golongan berada, Rupa paras tak secantik bidadari, Hanya mampu buatmu tertawa, Dengan lawak jenaka, Itulah aku... Kau seorang sahabat, Sahabat sejati, Ukhwah ini tercipta takdir ilahi, Disebalik pertemuan tersemat hikmah tersembunyi, Apakah hikmah-Nya? Hanya tunggu dan menanti. Hairan, Kau yang kuanggap kawan, Kini semuanya telah berubah, Hatiku berdegup kencang umpama ribut, Fikiranku tidak keruan seperti tersesat, Adakah ini nafsu? Atau ini fitrah-Mu? Wahai teman... Engkaukah takdirku? Engkau amat sempurna buatku, Sedangkan diriku, Banyak kekurangan berbanding kelebihan, Ini tak boleh, itu tak pandai, Sanggupkah insan sepertimu menerima aku? Kasih... Selama ini aku gelarmu abang, Dan kau gelarku adik, Tapi apakan daya, Hati yang dulu dianggap sahabat, Telah berubah kepada suatu perasaan, Cinta... Dukanya... Kerana aku tahu, Hati kau bukan milikku, Kasihmu bukan untukku, Kau seorang insan yang

Cerpen disebalik kalimah bambawaran

Hujung mingguku kuhabiskan dengan membaca surat khabar di beranda rumahku. Kegemaranku membaca di ruangan cerpen-cerpen Melayu yang terkandung pelbagai cerita. Tetapi, barangkali aku amat tertarik oleh cerpen yang bertajuk ‘bambawaran’, nukilan Azliza Muhammad. Setelahku menelaah hasil nukilan beliau, aku berfikir sejenak, “Bambawaran... bambawaran... perkataan ini seperti pernah aku dengar...” Sebenarnya, perkataan ini sudah sekian lama tidak digunakan yang menyebabkan perkataan tersebut tidak diterbitkan dimana-mana kamus mahupun Kamus Dewan. Oleh sebab itu, masyarakat tidak tahu akan asal usul perkataan ‘bambawaran’. Hendak merujuk kamus, tidak diterbitkan,hendak mencari di internet, tiada juga jawapan. Apabila bertanya kepada pihak atasan, mereka juga tidak tahu akan jawapannya. Hingga aku bertanya kepada nenekku serta orang-orang kampungku, tiada seorang pun yang dapat memberikan jawapan. Setelah lama aku mencari jawapan kepada perkataan ‘bambawaran’, terdapat pelbagai jawap

Puisi: Sajak Hanya Sekuntum Bunga

HANYA SEKUNTUM BUNGA Kelopakmu gugur berganti hari, Warnamu yang terang menyinar, Membuatkan mata ini terpukau, Berjuta bunga menutupi bumi ini, Hanya kau sekuntum, Cukup mengindahkan alam ini. Kau seolah ratu, Ratu paling sempurna, Tiada cacat cela, Kau satu dalam sejuta, Biarpun hadirnya bunga yang lebih menawan, Cuma kau yang aku inginkan, Kerana kau teristimewa dihatiku. Sekian lama kau mekar mewangi, Kini... tiba waktunya untukmu bersemadi, Warnamu yang kian luntur, lusuh, Kelopakmu terlihat begitu layu, Sekadar mampu menghitung hari, Meninggalkan alam seindah syurgaloka ini. Wahai si cik bunga, Dirimu telahku petik dari taman terlarang, Telahku selitkan dirimu dalam helaian diariku, Agar tiada insan yang mampu memilikimu, Kerana kau hanya milikku. Kau selalu memikat mataku, Acap kali tumpuanku terpaku melihatmu, Hari demi hari, Kau warnai helaian diari ini, Hanya kerana setitis dugaan ilahi, Telah kau tumpahkan dakwat hitam, Kerana kepercayaanmu buk